Monday, September 27, 2010

Kehidupan ada 10 Pengajaran penting


1-أن الطفولة بستان أخضر يداعب خرير مائه بذور المحبة والبراءة والحنان.

semasa kanak-kanak adalah ibarat taman hijau yang tumbuh darinya ratusan benih kecintaan, kemurnian jiwa dan belaian kasih sayang.

2-أن أجمل مافي القلوب صفائها ونقاءها في التعامل مع الآخرين.

Seindah-indah jiwa adalah jiwa yang berurusan sesama insan dengan penuh kesucian dan keikhlasan.

3-أن الصداقة الحقيقية تكمن في مشاعر ظاهرة تلامس وتصافح نياط القلب.

Persahabatan sebenar adalah menyempurnakan kelakuan zahir, menyentuh dan bersalaman serta bercakap dengan hati.

4-أن الدموع لاتنسي الآلام.

Sesungguhnya airmata tidak boleh melupakan atau menghapuskan kepedihan.

5-أن الوردة لابد أن تذبل وأن البسمة لابد أن تبقى على الوجوه.

Bunga mesti tumbuh dan mengembang serta senyuman mesti kekal diwajah.

6-ان أصعب مافيها الفراق ولحظات الوداع تتجلى فيها الذكريات وتنبثق مشاعر مكنونة تتوارى بين الدمعات ولكنه فراق دنيا فحسب.

Kepedihan adalah disaat perpisahan yang banyak tersirat peristiwa dan kenangan tetapi perpisahan di dunia hanya sementara.

7-أن الابتسامة والتفاؤل جواز سفر تعبر بها الى قلوب الآخرين.

Senyuman dan pandangan positif adalah ( pasport) memberi kebahgiaan kepada orang lain.

8-أن اللذة الحقيقية والسعادة القلبية انما توجد في طاعة الله ومرضاته.

Kebahgiaan hati hakiki hanyalah berhasil dengan ketaatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

9-أن الفراق في هذه الحياة سنة ماضية سواء فارق الانسان من يحب أو من يبغض فان أجمل مايترك خلفه الذكرى الطيبة والكلمة الصادقة والسيرة العطرة.

Perpisahan dalam kehidupan adalah lumrah kehidupan samada dengan orang yang dikasihinya atau dengan orang yang kita benci, tetapi kenangan yang paling indah adalah kenangan manis, kata-kata yang membentuk kebenaran dan perjalanan hidup yang dipenuhi dengan keindahan.

10-أن الموت لايعرف صغيرا ولا كبيرا ولاغنيا ولافقيرا فليعد كل منا زاده وراحلته فان العمر قصير والزاد قليل والسفر طويل.

Kematian tidak mengenali kecil atau dewasa, kaya atau fakir, maka bersedialah dengan sebaik-baik persediaan. Sesungguhnya umur itu pendek, pertambahan umur pun hanya sedikit sahaja sedangkan perjalanan yang akan kita lalui terlalu panjang.

No comments:

Post a Comment