Wednesday, September 29, 2010

Anda Bijak Jauhi ZINA di SMK Kpg. Nangka, Sibu

24 sept  10.30pg menerjah langit biru.dgn satu tekad mbulat hati mlangkah utk mbantu sahabat2 di bumi sibu.

2.00 ptg ditemani oleh akhie Julian dn Akhie Manja  dan teman seperjuangan dari kuching Kak Rozie membuka tirai ABJZ dgn ice breaking yg menghiburkan. Adik2 putera dn puteri seramai 95 orang berlayar bersama dengan penuh kerelaan....

Wajah manja dan ceria adik2  putera puteri mengamati setiap bait kata2 dn slide yg cs sampaikan.

tahniah ...guru2 , utzh2 kerana berjaya menjadikan smk Nangka sekolah yg pertama di Sibu berlayar dgn Kapal ABJZ.

sebelum meninggalkan bumi bertuah sibu...kami berkesempatan bersiar2 disekitar persisir sungainya...



indahnya gabungan langit dan bumi membentuk wajah senja.semoga bertemu lagiii

KBM SM TEKNIK SERENTAK SIBU DN MIRI

25-26 sept 2010: sm Teknik Miri bersama 50 org pserta tingktn 5
KMKY,Intean , MAM1,MKMS: Hafiz Bai
KH: Abg Rusdi,
KIKA: Abg Mohd. Shukri
MAM2: Team KBM Miri



KBM sm Teknik Sibu, bersama 137 org pserta.

KMKY: Abg Ngah (Saufi)
Intean , MAM1,MKMS: CS
KH: Abg Long (Firdaus)
KIKA: Kak Rozie
MAM2: Team Bintulu, kuching dan , IPG Rajang
                                                                 Team KBM Sibu


                                                                  tahniah team kbm Sarawak
semoga terus berjuang utk redha Allah


Fakhrul Ezam Shah September 29 at 11:05pm Reply• Report
Hati anda apa khabar setelah KBM?


Assalamualaikum wbt...barangkali kita terlupa masa akan saat2 indahnya bersama Allah...

Saat KBM adalah sesuatu yg begitu indah..utuhnya persaudaraan di masa itu...teguhnya jati diri di waktu itu...titisan titisan air mata buat tatapan Ya rabbi...
kegirangan bersama adik-adik kasih dan sayang membuahkan semangat baharu untuk terus menapak dalam dakwah...

namun jauh daripada itu, KBM bukan sekadar KBM. KBM adalah medan tarbiah buat diri. Apa yang anda dapat setelah melafazkan lagu Demi Matahari? gerakannya sahaja kah atau terendah rasa hati anda melihat keagungan ciptaan dan kuasa kawalan Allah ke atas semesta ini?



apakah kita dtg mahu membuat adik2 sedih? mahu membuat adik2 insaf? ingatlah besar tanggungjawab mereka, besar lagi tanggungjawab di pundak kita.

saya adalah mayat. mayat yang sudah berhadapan dengan lakonan sketsa alam kubur itu buat sekalian kalinya. apa yang saya rasa? apakah saya mahu ibu dan bapa saya dipersalahkan atas dosa dan khilaf saya? astaghfirullah...banyaknya kelemahan, dosa dan khilaf ku pada Allah.

kita adalah hamba, mengapa aku masih merasa seperti seorang tuaN? jiwaku masih ada bekas2 ego dan kesombongan. bila kah mahu ku kikiskan? ingatlah diriku hanya hamba. hamba apabila disuruh oleh tuannya maka ia akan berserah dan patuh. hamba yang soleh adalah hamba yg berterusan taat dan patuh. wajib ditunaikan sunat dikerjakan.

moga kita saling ingat mengingati antara satu sama lain. antum semua adalah penegur hati ana. Kepada Allah ana mengadu dan berserah.

ketua Fasi KBM SIBU



Monday, September 27, 2010

Kehidupan ada 10 Pengajaran penting


1-أن الطفولة بستان أخضر يداعب خرير مائه بذور المحبة والبراءة والحنان.

semasa kanak-kanak adalah ibarat taman hijau yang tumbuh darinya ratusan benih kecintaan, kemurnian jiwa dan belaian kasih sayang.

2-أن أجمل مافي القلوب صفائها ونقاءها في التعامل مع الآخرين.

Seindah-indah jiwa adalah jiwa yang berurusan sesama insan dengan penuh kesucian dan keikhlasan.

3-أن الصداقة الحقيقية تكمن في مشاعر ظاهرة تلامس وتصافح نياط القلب.

Persahabatan sebenar adalah menyempurnakan kelakuan zahir, menyentuh dan bersalaman serta bercakap dengan hati.

4-أن الدموع لاتنسي الآلام.

Sesungguhnya airmata tidak boleh melupakan atau menghapuskan kepedihan.

5-أن الوردة لابد أن تذبل وأن البسمة لابد أن تبقى على الوجوه.

Bunga mesti tumbuh dan mengembang serta senyuman mesti kekal diwajah.

6-ان أصعب مافيها الفراق ولحظات الوداع تتجلى فيها الذكريات وتنبثق مشاعر مكنونة تتوارى بين الدمعات ولكنه فراق دنيا فحسب.

Kepedihan adalah disaat perpisahan yang banyak tersirat peristiwa dan kenangan tetapi perpisahan di dunia hanya sementara.

7-أن الابتسامة والتفاؤل جواز سفر تعبر بها الى قلوب الآخرين.

Senyuman dan pandangan positif adalah ( pasport) memberi kebahgiaan kepada orang lain.

8-أن اللذة الحقيقية والسعادة القلبية انما توجد في طاعة الله ومرضاته.

Kebahgiaan hati hakiki hanyalah berhasil dengan ketaatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

9-أن الفراق في هذه الحياة سنة ماضية سواء فارق الانسان من يحب أو من يبغض فان أجمل مايترك خلفه الذكرى الطيبة والكلمة الصادقة والسيرة العطرة.

Perpisahan dalam kehidupan adalah lumrah kehidupan samada dengan orang yang dikasihinya atau dengan orang yang kita benci, tetapi kenangan yang paling indah adalah kenangan manis, kata-kata yang membentuk kebenaran dan perjalanan hidup yang dipenuhi dengan keindahan.

10-أن الموت لايعرف صغيرا ولا كبيرا ولاغنيا ولافقيرا فليعد كل منا زاده وراحلته فان العمر قصير والزاد قليل والسفر طويل.

Kematian tidak mengenali kecil atau dewasa, kaya atau fakir, maka bersedialah dengan sebaik-baik persediaan. Sesungguhnya umur itu pendek, pertambahan umur pun hanya sedikit sahaja sedangkan perjalanan yang akan kita lalui terlalu panjang.