Wednesday, February 17, 2010

TEMPAHAN VCD KBM SM TEKNIK SIBU


SALAM ADIK2 KASIH DAN SAYANG ...
Seandainya ada yg masih berminat untuk membuat tempahan vcd KBM SM Teknik Sibu ,bolehlah menghubungi terus CS di email abu.humairaa4006@gmail.com.... atau sms 019-878 1233 ok
jangan lepas peluang memiliki koleksi Video anda sendiri bersama KBM team...ok
Senyum TIIIIGAAAAA.....

Monday, February 15, 2010

SAAT-SAAT INDAH BERSAMAMU...ZAUJAHKU

TELAH KU SIAPKAN SATU DAERAH PALING SUNYI
UNTUK KAU ISI DENGAN KELEMBUTAN
UNTUK KAU HARGAI DENGAN KASIH SAYANG


..KU INGIN KAU JADI WANITA MULIA
YANG TAHU AKAL BUDI DAN HATI
SEORANG LELAKI BERNAMA SUAMI..


TAHNIAH KERANA TELAH MENJADI PENYEJUK DIMATA DAN PENAWAR DIHATI ABG.
PENGORBANANMU PASTI MENGUNDANG REDHA ALLAH...AMIN
PASTINYA KENANGAN 4 tahun BERSAMA MU tak akan pernah Abg Lupakan

KBM SM TEKNIK SIBU yg PERTAMA


12 feb 2010 9.00mlm. Dewan SM Teknik Sibu...TOT KBM berlanjutan hingga Jam 12tghmlm
persediaan yg mantop oleh org kuat HIKMAH akhie Husbi(Manja) , Utz Roslan (Tuan Rumah) dan fasi lelaki ada 6 org dan fasi ppuan ada 4 org... dari sibu dn serikei
Alhamdulillah mereka menunjukkan komitmen yang sungguh tinggi sekali.JZZK
Disamping itu pd jam 2pg team KBM bintulu hadir menyahut seruan bersama2 6 fasi2 lelaki diketuai oleh akhie Firdaus. JZZK diatas bantuan..


13-14 feb 8.00 pg . Dewan SM Teknik Sibu...bermula berlepas pesawat KRJ 130210 bersama2 penumpang lebih kurang 40 org adik kasih dan 30 org adik sayang.(35 org dari SM Teknik dan 40 org dari KRH Sibu)

Slot KMKY telah dikendali oleh CS, kak Rozie dan Abg Ijat(Team KBM Bintulu).
Slot INteam : CS dan Kak Rozie
SLot Badan Cergas, otak cergas: Akhie Sufri dan Ukhtie Rafizah
Slot MAM 1. CS
Slot MAM2. Kak Radhiah dan team
Slot Kini dn Hijrah: Kak Syati dn Kak Rozie
Slot Kusayang ibu , kusayang ayah: Kak Radhiah
Slot Rmahku Syurga Ku : Utz Md Isa
Slot Meyemaikasih menuai sayang : Cs
Pamugara dan pamugari : dr SIBU, Sarikei, Bintangor, Bintulu.



Benar-benar bersyukur berkat kerjasama yang mantap dn bersungguh menjayakan KBM ini, Allah permudahkan jalan di sepanjang penerbangan.
Persediaan jamuan makanan telah dimasak dn diurus sendiri oleh akhawat Sibu. jzzk


Tahniah
Pengalaman manis bersama adik2 kasih dn syg pastinya tidak dpt dilupakan. antaranya MAM2 diiringi dgn letupan mercun (mlm tahun baru Cina)...

setinggi ucapan tahniah buat semua terlibat menjayakan KBM pertama dSibu,,,,

ANDA BIJAK JAUHI ZINA (PERTAMA DI SIBU)
























12 FEB 2010 , JUMAAT , Bilik SEMINAR ,JAKIM unit SIBU, WISMA PERSEKUTUAN SIBU
Menemui adik2 remaja sibu seramai 70 0rang menjadi peserta istimewa ABJZ... ...yang terdiri dari remaja sekitar sibu...merekalah remaja2 yg pertama berjaya menaiki kapal abjz dan berlayar selama 4jam bersama krew ABJZ.
Peserta seramai 70 org .
mantop.. dan berjaya menyentuh hati2 remaja.....
Pengendali : CS, Rozie
DJ: Rozie
Jurukamera : Radhiah
Pembaca Sajak : Syatirah bt Alias





Sunday, February 7, 2010

AuladKu Sayang ....Mantop






7 fEB 2010 Ahad 8pg..
AuladKu Sayang . Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Allah. dipermudahkan satu pengembaraan adik-adik manis dan cute seramai lebih kurang 50 orang dengan tema "ADIK BIJAK, KENALI ALLAH..."
Ini hasil gabungan kerjasama Era Innovation & Production dan RK Management & Service.Dan team support yang mahu membantu secara sukarela...sukarelawan Era.... dan kakitangan ERA dan RK
Kerjasama dari pihak masjid iaitu MASJID DARUL IBADAH sungguh baik dan AJK Masjid telah memberi lalu untuk AuladKu Sayang Siri yang ke 2.InsyaALLAH ..mudah-mudahan dpermudahkan Allah.amin
Tahniah dan Syabas buat semua yang sudi dan sungguh membantu......
sujud aulad, tanda sebuah kepatuhan kepada Allah....


AKTiViTi2 Aulad

1. X-plore Masjid

2. Praktikal Solat

3. Games (macam2 Ada)

4. Ajarkan Aku Wudhu'

5. Dengarlah AdikKu Sayang

ADIK BIJAK, KENALI ALLAH...

Bertemu lagi AuladKu Sayang Siri Ke2....

Thursday, February 4, 2010

jom jadi bijak
























EDISI KHAS : HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE.

HARAM bagi seorang Muslim menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali Valentine Day kerana perayaan ini tidak bertepatan dengan ajaran agama Islam bahkan perayaan ini lebih kepada memperingati seorang mubaligh Kristian bernama Saint Valentine yang hidup pada awal kurun masihi.

Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Kekasih' dipercayai bermula dari kisah seorang pendeta Kristian bernama Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga. Beliau hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera. Namun hasrat Claudius tidak mendapat sambutan.Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih mereka.

Hal ini membuat Claudius sangat marah. Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan. Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima, maka St Valentine menolak untuk melaksanakannya.

Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia. Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan dalam suasana di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan.

Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ. Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara.

Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu." Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingati St. Valentine sebagai pejuang cinta cinta.

Para Ulama’ telah bersepakat bahawa Valentine Day tidak ada kaitan dengan syariat Islam malah menghampiri kepada perayaan keagamaan Kristian. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang Muslim itu rosak akidah, sekiranya menyambut perayaan ini iaitu:

1. Menyambut Hari Kekasih dengan mengucap walau sekadar ucapan “I love you” dan member bunga mawar merah, bertukar bertukar-tukar hadiah, memberi manisan, memakai baju merah, kasut merah atau apa-apa perlakuan yang membawa maksud menyambut Hari Kekasih.

2. Menjual dan membeli barangan sempena Hari Kekasih seperti bunga mawar merah dan kad ucapan. 3. Mempromosi dan mengiklankan festival Hari Kekasih.

4. Menghantar kad ucapan dan sms.

5. Membungkus hadiah sempena Hari Kekasih atau apa-apa perlakuan yang membawa kepada maksiat. 6. Menulis nama pada cenderahati sebagai ingatan sempena Hari Kekasih.


MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN PERAYAAN HARI KEKASIH?

1. Tidak berlandaskan syariat Allah iaitu Al-Quran dan Al- Sunnah.

2. Merupakan perkara bidaah sesat.

3. Meniru dan menyerupai perbuatan orang kafir dengan memuja dan menghormati perayaan mereka.

4. Festival yang dianjurkan dicemari perkara maksiat, percampuran lelaki permpuan, nyanyian dan muzik yang merosakkan akidah dan pembaziran.

Fatwa : Syeikh Abdullah bin Abdul Rahmaan


Monday, February 1, 2010

LIMA PENAWAR HATI



Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5 :

1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya

2) Mengosongkan perut

3) Bangun bersolat malam

4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur

5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.

Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.

Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.


SEMOGA HATI KITA TENANG

Program Keindahan BersamaMu 2010

Teman-teman yang dikasihi dan adik-adik kasih dan sayang.... program keindahanbersamaMu (KBM) bakal di jayakan di Sarawak semantapnya dibeberapa tempat . Semoga Allah permudahkan urusan Team KBM yang ada mengetuk hati kecil adik-adik yang bakal jadi peserta... Amin

SENARAI PROGRAM KBM REMAJA

1. 7 -8 Feb Sekolah Di Bintulu (BERJAYA)
2. 13-14 Feb Sekolah Di Sibu(BERJAYA)
3. 27-28 Feb KBM OPEN Di Kuching (DI TANGGUH)
4. 3-4 April KBM Remaja Di SMK Lutong Miri
5. 14-15 Jun KBM Remaja Darul Falah, Jln Kuching Serian

Jadi bagi adik-adik yang belum pernah mengikuti program best ini...jangan lepaskan peluang ..
daftar segera ... sms ke 019 878 1233
Nama Tarikh lahir sekolah KBM.

bertemu lagi...Allahhu AKbar