Thursday, February 4, 2010

jom jadi bijak
























EDISI KHAS : HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE.

HARAM bagi seorang Muslim menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali Valentine Day kerana perayaan ini tidak bertepatan dengan ajaran agama Islam bahkan perayaan ini lebih kepada memperingati seorang mubaligh Kristian bernama Saint Valentine yang hidup pada awal kurun masihi.

Berdasarkan catatan sejarah 'Hari Kekasih' dipercayai bermula dari kisah seorang pendeta Kristian bernama Valentine yang hidup di Rom pada abad ketiga. Beliau hidup dalam kerajaan yang dipimpin oleh Kaisar Claudius yang terkenal dengan sifat kejam. Claudius memiliki bala tentera yang besar, dia mengerahkan pemuda di bawah pemerintahannya menjadi tentera. Namun hasrat Claudius tidak mendapat sambutan.Para pemuda enggan terlibat dalam perang kerana mereka tidak ingin meninggalkan keluarga dan kekasih-kekasih mereka.

Hal ini membuat Claudius sangat marah. Claudius berfikir jika pemuda tidak berkahwin atau mempunyai pasangan, mereka mudah untuk dikerah menjadi pasukan tentera. Lalu Claudius melarang perkahwinan. Para pasangan muda menganggap keputusan ini sangat tidak perikemanusiaan dan ini adalah idea yang tidak boleh diterima, maka St Valentine menolak untuk melaksanakannya.

Valentine tetap melaksanakan tugasnya sebagai pendeta, iaitu berkahwin dengan kekasihnya secara rahsia. Perkahwinan itu diketahui Kaisar yang segera memberinya amaran, bagaimanapun perkahwinan itu tetap diteruskan dalam suasana di dalam sebuah kapal kecil yang hanya diterangi cahaya lilin, tanpa bunga, tanpa cincin pernikahan.

Namun malangnya pasangan Velentine ditangkap dan dihumban kedalam penjara sehingga beliau mati di situ. Beliau bukan dihina, malah dikunjungi penyokongnya, orang ramai menghadiahkan bunga ketika beliau dipenjara.

Pada 14 Februari, beliau sempat menulis tentang dirinya di dalam diari dan memesan kepada semua gadis dengan ungkapan "Dengan Cinta dari Valentinemu." Kini setiap tanggal 14 Febuari orang serata dunia merayakannya sebagai hari kasih sayang. Orang-orang yang merayakan hari itu mengingati St. Valentine sebagai pejuang cinta cinta.

Para Ulama’ telah bersepakat bahawa Valentine Day tidak ada kaitan dengan syariat Islam malah menghampiri kepada perayaan keagamaan Kristian. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang Muslim itu rosak akidah, sekiranya menyambut perayaan ini iaitu:

1. Menyambut Hari Kekasih dengan mengucap walau sekadar ucapan “I love you” dan member bunga mawar merah, bertukar bertukar-tukar hadiah, memberi manisan, memakai baju merah, kasut merah atau apa-apa perlakuan yang membawa maksud menyambut Hari Kekasih.

2. Menjual dan membeli barangan sempena Hari Kekasih seperti bunga mawar merah dan kad ucapan. 3. Mempromosi dan mengiklankan festival Hari Kekasih.

4. Menghantar kad ucapan dan sms.

5. Membungkus hadiah sempena Hari Kekasih atau apa-apa perlakuan yang membawa kepada maksiat. 6. Menulis nama pada cenderahati sebagai ingatan sempena Hari Kekasih.


MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN PERAYAAN HARI KEKASIH?

1. Tidak berlandaskan syariat Allah iaitu Al-Quran dan Al- Sunnah.

2. Merupakan perkara bidaah sesat.

3. Meniru dan menyerupai perbuatan orang kafir dengan memuja dan menghormati perayaan mereka.

4. Festival yang dianjurkan dicemari perkara maksiat, percampuran lelaki permpuan, nyanyian dan muzik yang merosakkan akidah dan pembaziran.

Fatwa : Syeikh Abdullah bin Abdul Rahmaan


No comments:

Post a Comment